Thursday, 23 May 2013

cinta hebat

Meluat .
Cinta paling hebat ?
Mata pun dah rabak.
Jiwa selalu memberontak
Benci membuak-buak


Buku lama ditolak tepi
Buku baru diselak berkali
Nasihat kita tak dipeduli
Katanya cinta di bawa mati


Mana pergi 'isteri' tercinta?
Kata setia hujung nyawa
Kini dia sudah berpunya
Awak kembali kepada saya .


Mohon telan semua kata
Tak mungkin kita bersama
Saya sukar terima segalanya
Mana tahu awak pun terpaksa.


Tolonglah
Jangan pinta sempurna saya
Awak juga banyak cela
Tapi saya terima seadanya


Awak kata jiwa awak kosong
Dia dah pergi tinggalkan lompong
Mahu saya isi , mampu ke saya tolong?


Memang saya ni teman pengganti
Yang pertama dah pergi
Saya masih menanti
Bila-bila sanggup kembali


Nasib baik saya dah jatuh
Ikutkan hati nak merajuk jauh
Memang perempuan hatinya rapuh
Silap sentuh , boleh hancur


Cuma satu
Kalau kosong lagi dalamanmu
Cari Tuhannmu
Bukan cintaku

No comments: