Thursday 23 May 2013

cinta hebat

Meluat .
Cinta paling hebat ?
Mata pun dah rabak.
Jiwa selalu memberontak
Benci membuak-buak


Buku lama ditolak tepi
Buku baru diselak berkali
Nasihat kita tak dipeduli
Katanya cinta di bawa mati


Mana pergi 'isteri' tercinta?
Kata setia hujung nyawa
Kini dia sudah berpunya
Awak kembali kepada saya .


Mohon telan semua kata
Tak mungkin kita bersama
Saya sukar terima segalanya
Mana tahu awak pun terpaksa.


Tolonglah
Jangan pinta sempurna saya
Awak juga banyak cela
Tapi saya terima seadanya


Awak kata jiwa awak kosong
Dia dah pergi tinggalkan lompong
Mahu saya isi , mampu ke saya tolong?


Memang saya ni teman pengganti
Yang pertama dah pergi
Saya masih menanti
Bila-bila sanggup kembali


Nasib baik saya dah jatuh
Ikutkan hati nak merajuk jauh
Memang perempuan hatinya rapuh
Silap sentuh , boleh hancur


Cuma satu
Kalau kosong lagi dalamanmu
Cari Tuhannmu
Bukan cintaku

putuz


Tarik nafas dalam
Hembus perlahan-lahan
Mata berair tak tahan.
Muka merah padam.


Kemudian
Keluar suara halus
Dengan hati yang tulus
Kita keluarkan satu status
Baiklah. Kita putus .


Saya dah kata.
Awak tak percaya. 
Saya dah nasihat. 
Awak kata muslihat. 


Macam nilah.
Saya dah penat. 
Awak pun dah tak larat.


Jadi kita berhenti
Berhenti dari saling melengkapi
Kita lerai semua sangsi
Kita akhiri semuanya di sini.


Konon dawai besi
Tapi hanya seutas tali.
Sudahlah halus.
Ditarik rakus
Mananya tak putus.


Cukuplah
Saya dah kalah
Awak pun mengalah
Masing-masing beralah
Luka ini masih merah
Silap hari berdarah semula.


Jauhkan diri.
Kita bawa haluan sendiri
Mungkin takdir belum menyebelahi
Biar sejarah kekal abadi.



Cerita kita ? Semua janji ?
Apa sudah jadi.


Mudah
Peluk erat dalam hati
Simpan rapi dalam peti
Kalau kita saling merindui
Kita mulakan sekali lagi.